CARA MENYIMPAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN AGAR SEGAR DAN TAHAN LAMA:


* Sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah dibasuh terlebih dahulu sebelum dibalut dengan kertas untuk disimpan di bahagian bawah atau ruangan khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam peti sejuk.

* Jika tiada peti sejuk, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur.

* Elakkan menggunakn beg plastik semasa penyimpanan buah-buahan dan sayur-sayuran, ini untuk mengelakkan ia menjadi layu dan vitaminya hilang.

* Pindahkan sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin yang telah dibuka ke dalam bekas simpanan yang lain untuk disimpan di dalam peti sejuk.

* Jangan disimpan buah-buahan seperti pisang di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam.

* Kentang, keledek, labu dan bawang hendaklah disimpan di dalam bilik yang agak gelap dan sejuk dan jika perlu hendaklah disimpan di dalam bekas yang mempunyai aliran udara (bakul rotan,beg tali)

0 comments:

Post a Comment

contact

Phone: 0199338226
Email : cikgufhahmie@gmail.com
i will post them for you..

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers